MERSING. Salah satu daerah kecil dalam Johor yang banyak cerita dan sejarah disebalik kepesatannya. Cukup terkenal dengan kepesatan ekonomi melalui pelancongan dan aktiviti nelayan-nelayan yang tak jemu turun ke laut demi menyara keluarga . Pulau-pulau yang tak henti-henti menerima kehadiran pengunjung pastinya akan membuat setiap yang datang dan singgah jatuh cinta dengan keindahan semula jadi kurniaanNya yang tersergam. Pasti pelbagai kenangan dan memori yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup, terutama Pulau Tioman. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang disana disamping menawarkan pakej percutian yang sangat berpatutan. Kali kedua aku jejak kaki ke bumi Mersing, rasa teruja dan gembira. Ye lah dapat menghayati panorama yang begitu mendamaikan dan menenangkan jiwa. Pekan kecil sibuk yang tak henti-henti kenderaan kecil dan besar lalu. Di setiap lorong pasti penuh dengan kenderaan yang diparkir. Begitu juga dengan penduduk setempat Mersing sangat peramah dan baik hati. ♥♥♥
Friday, December 24, 2010
♥ BUMI MERSING ♥

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment