Pelawaan Hazwani aku sambut baik, sekurang-kurangnya cuti aku terisi dengan perkara berfaedah dari habis begitu sahaja. Hazwani, insan pertama yang aku kenali masa mula mendaftar sebagai pelajar INSTEDT Bandar Penawar. Kami berkongsi billik, bersebelahan katil dan menjadi teman. Walaupun berbeza course tapi ia bukanlah satu sempadan. Kolej atau rumah sama sahaja. Dialah insan yang selalu aku curahkan ceritera kisah suka, duka, lara aku.
Memutar semula kisah aku dan Wani. Ayah dan abah yang memulakan perbualan. Bila aku pandang dia , aku bermonolog 'Alamak ai...... Muka nak manggak!' Memang gelak besar, bila masing-masing dah kenal hati budi, cerita semula kisah masa mula-mula kenal-kenal...serentak menyatakan 'Hish ... Muka SOMBONG tol dak nih.....'. Kami ketawa terbahak-bahak dan hampir tak terkata. Tapi siapa sangka muka sombong itulah jadi kawan aku hingga hari ini. Masa susah dan senang kami memang menjadi diari setiap hari.
Hubungan keluarga yang baik jugalah telah membawa aku ke bumi Mersing. Kepercayaan dan restu keluarga amat penting bagi aku. Memang tak dinafikan perkara yang tak dapat restu memang selalu gagal dan terhenti di jalanan dan itu cuba aku elakkan untuk seumur hidup. Pengajaran dari kisah yang lepas buat aku akan ingat, dijadikan tauladan dan sempadan.
Kehadiran aku dalam keluarga Zakaria memang disambut baik. Kali ini aku akan duduk dengan mereka lebih lama, aku cuba menyesuaikan diri dengan 'keluarga baru' aku, suasana dan cuaca Mersing. Semuanya baru bagi aku. Cuaca di Mersing memang panas, memandangkan lokasinya berdekatan dengan pantai dan kesibukan lalu lintas memang berbeza dengan Bandar Penawar. Memang seronok tinggal bersama mereka. Banyak perkara baru yang aku belajar. TERIMA KASIH KELUARGA BARU.♥♥♥




