::: Untuk KAMU :::

♥K.i.T.A

Daisypath Vacation tickers

Saturday, December 25, 2010

♥ Keluarga Zakaria ♥

      

             Pelawaan Hazwani aku sambut baik, sekurang-kurangnya cuti aku terisi dengan perkara berfaedah dari habis begitu sahaja.  Hazwani, insan pertama yang aku kenali masa mula mendaftar sebagai pelajar INSTEDT Bandar Penawar.  Kami berkongsi billik, bersebelahan katil dan menjadi teman.  Walaupun berbeza course tapi ia bukanlah satu sempadan. Kolej atau rumah sama sahaja.  Dialah insan yang selalu aku curahkan ceritera kisah suka, duka, lara aku. 


             Memutar semula kisah aku dan Wani. Ayah dan abah yang memulakan perbualan.  Bila aku pandang dia , aku bermonolog 'Alamak ai...... Muka nak manggak!' Memang gelak besar, bila masing-masing dah kenal hati budi, cerita semula kisah masa mula-mula kenal-kenal...serentak menyatakan 'Hish ... Muka SOMBONG tol dak nih.....'.  Kami ketawa terbahak-bahak dan hampir tak terkata.  Tapi siapa sangka muka sombong itulah jadi kawan aku hingga hari ini.  Masa susah dan senang kami memang menjadi diari setiap hari.


              Hubungan keluarga yang baik jugalah telah membawa aku ke bumi Mersing.  Kepercayaan dan restu  keluarga amat penting bagi aku.  Memang tak dinafikan perkara yang tak dapat restu memang selalu gagal dan terhenti di jalanan dan itu cuba aku elakkan untuk seumur hidup.  Pengajaran dari kisah yang lepas buat aku akan ingat, dijadikan tauladan dan sempadan.


              Kehadiran aku dalam keluarga Zakaria memang disambut baik.  Kali ini aku akan duduk dengan mereka lebih lama, aku cuba menyesuaikan diri dengan 'keluarga baru' aku, suasana dan cuaca Mersing.  Semuanya baru bagi aku. Cuaca di Mersing memang panas, memandangkan lokasinya berdekatan dengan pantai dan kesibukan lalu lintas memang berbeza dengan Bandar Penawar.  Memang seronok tinggal bersama mereka.  Banyak perkara baru yang aku belajar. TERIMA KASIH KELUARGA BARU.♥♥♥













          

Friday, December 24, 2010

♥ BUMI MERSING ♥

       


       MERSING.  Salah satu daerah kecil dalam Johor yang banyak cerita dan sejarah disebalik kepesatannya. Cukup terkenal dengan kepesatan ekonomi melalui pelancongan dan aktiviti nelayan-nelayan yang tak jemu turun ke laut demi menyara keluarga .  Pulau-pulau yang tak henti-henti menerima kehadiran pengunjung pastinya akan membuat setiap yang datang dan singgah jatuh cinta dengan keindahan semula jadi kurniaanNya yang tersergam.  Pasti pelbagai kenangan dan memori yang tidak mungkin dilupakan seumur hidup, terutama Pulau Tioman.  Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang disana disamping menawarkan pakej percutian yang sangat berpatutan.  Kali kedua aku jejak kaki ke bumi Mersing, rasa teruja dan gembira.  Ye lah dapat menghayati panorama yang begitu mendamaikan dan menenangkan jiwa.  Pekan kecil sibuk yang tak henti-henti kenderaan kecil dan besar lalu.  Di setiap lorong pasti penuh dengan kenderaan yang diparkir.  Begitu juga dengan penduduk setempat Mersing sangat peramah dan baik hati. ♥♥♥